Komik adalah antara barangan yang saya suka kumpul. Bukan sahaja kerana jalan cerita sesuatu komik itu menarik tetapi gaya lukisan sesuatu komik yang cantik amat mempesonakan. Berbanding novel dengan komik, seorang kartunis bukan sahaja perlu bijak membuat jalan cerita tetapi perlu ada skil untuk melukis. Kalau novel hanya perlu menaip dan mencari idea untuk menulis. Untuk itu saya bercadang untuk membuka perpustakaan mini berkaitan komik, khas kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja untuk membaca komik atau membuat penyelidikan berkaitan dengannya terutama komik retro yang sudah tiada di dalam pasaran. Jika anda minat untuk membacanya sila hadir ke rumah sy. Sy sekarang sudah jarang update blog.
Tapi sy rajin tulis review komik di FB. Sila join group Peminat Komik Manga (di FB untuk update terbaru) Hampir 300 review komik telah sy dan team hasilkan boleh baca review komik dan info komik menarik di situ. Sila join ye ni sy bagi link Comic is one of an item that i like to collect.
Compare between comic n novel, i'm much more prefer comic because the cartoonist not only have to be creative in writing but also drawing n sketching. However for a writer he or she only have to be creative in writing only. Some of my collection below is an old n retro comic that no longer available in market. For an international viewer i will show u the most of popular comic from Asia especially my country's Malaysia that not available in Europe or American continent.plus also some of famous Asian comic from Hong Kong n Japan. Hope u will enjoy it.
AKU rasa ramai di antara kita yang suka baca komik kenal dengan komik di atas ni. Komik Alam Perwira karya pelukis Hong Kong, Tony Wong ni cukup popular dalam pertengahan hingga akhir tahun 90-an dulu. Selain Alam Perwira, karya Tony Wong lain yang turut popular ialah Jejak Wira, Anak-Anak Wira dan Dewata Raya.
If u interested to read it.i'm really glad that u can come to my house in Selangor,Malaysia. Ni pula adalah raja komik Malaysia, merupakan komik yang paling bertahan dari tahun 80an sehingga sekarang. Mendapat idea daripada komik Mad majalah komik dari USA. Antara pengasasnya ialah kartunis veteren Jaafar Taib. Kalau anda pernah dengar nama Rejabhad,merupakan penghulu bagi komik Gila-Gila.
Namun arwah Rejabhad sudah meninggal dunia,atas pengorbanan beliau marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Komik gambar atas ialah koleksi Gila-Gila paling lama saya ada iaitu lebih kurang pada tahun 1986. Manakala gambar kedua ialah koleksi hari raya tahun 1994 ada watak Jaki Jipang,PST,Tiga Dara Pingitan dlan lain-lain dalam cover ni. Ni pula adalah antara komik masterpice lagenda komik Hong Kong iaitu Mah Weng Seng selain daripada karya ulung beliau iaitu Pedang Setiawan.
Komik Raja Rimba mengisahkan kehidupan Sang Rimau Kumbang yang bertugas sebagai tentera elit khas untuk menghapuskan musuh negara sehingga beliau terlibat di dalam kancah jenayah, gengsterisme, pengkhianatan dan sebagainya. Beberapa karekter hebat dijelmakan oleh komik ni macam Long Kai, Sang Air Mata, Chang Kong, Timur Waja dan lain2.Merupakan sebuah karaya aksi hebat yang sukar ditandingi. Komik Raja Rimba juga antara pemegang rekod komik terpanjang sirinya di Hong Kong n kalau x silap dah mencecah belasan tahun tapi masih x tamat2 lagi. Saya ada komik ni dari naskah pertama namun banyak yang hilang n x cukup isunya.
Dalam banyak2 komik Hong Kong.Komik ni la yang paling terbaik n mantap sekali.Dengan jalan cerita yang best dengan aksi pertarungan yang di luar imiginasi pasti menyebabkan setiap minggu kami ternanti2 keluaran komik ni untuk dibaca semasa kat sekolah rendah. Komik yang best gilez ni pastinya Alam Perwira dengan heronya bernama Ji Fat serta antara hikmat terulungnya ialah Hikmat Alam Semesta dan jurus terkenalnya pastinya Api Syurga Meragut Lalang.
Terima kasih kat Naim, member sekolah kami yang best sangat kerana bawak n perkenalkan komik ni kat kami masa tahun 1994. Tq juga kat Hafris Bin Rokman sebab selalu hadiahkan komik ni kat saya. Contoh naskah Alam Perwira keluaran ke 69 kat atas dihadiahkan olehnya padaku pada tahun 1996, huh.sampai sekarang pun masih ku simpan.
Watak penjahat yang paling best kat komik ni pastinnya Marsyal Yau, dengan muka warna ungu sambil mulut dilutupi siong besi.Mantap betul la komik ni memang 5 star la.sebuah lagi karya hebat Raja Komik Hong Kong yang tentunya bernama Tony Wong. Pernah dengar komik Juara Wira, komik ni merupakan karya masterpiece lagenda komik Hong Kong iaitu Hui King Sum. Mesti anda pernah ingat watak Sang Merah, Sang Helang, Raja Utara, Penyelamat Dunia, Ratu Syurga Barat dll. Paling x boleh blah mesti peminat komik Juara Wira ingat hikmat terhebat Penyelamat Dunia iaitu Jalan Syurga Tak Terbatas kalau x silap saya la.yang tersangat la mengancam n mantap sangat.Komik ni banyak watak hebat dengan pelbagai hikmat hebat contoh macam cover kat atas.nama watak ni namanya Tuan Wujian yang mempunyai ilmu gerakan pantas yang super hebat. Varkraft 3 126a pryamoy ssilkoj. Antara member sy yang minat n banyak kumpul komik ni ialah Iwan masa kat sekolah rendah n masa kat matrik pulak Azfar, Azfar kata dia ada semua komik ni dari isu 1 sampai last.